Friday 15 June 2012

renungan di meja tulis

Assalamualaikum pembuka bicara..semoga pembaca mendapat rahmat dan kasih sayang Allah...

Penukil menukilkan nukilan ini di sebuah bilik di KK2 Gambang Pahang..


Hari hari yang lepas begitu mencabar....mencabar mental, mencabar emosi, mencabar iman terutamanya...hari hari dimana sy tempuhi bersendirian, tetapi saya tahu Allah sentiasa bersama saya..segala galanya saya bersendirian...penukilan ini pun saya sedang bersendirian....sy ditempatkan di sebuah bilik yang tak ada seorang pun kat bilik ni even kat rumah ni pun xd orang....kawasan sekitar pun tak ada orang...FOREVER ALONE....

kekadang seronok gak tinggal sensorang gini...sekali sekala lah...time nilah kita nak review balik segala perbuatan kita dalam masa sehari ini...saya cadangkan kepada pembaca...banyakkanlah review balik apa yang kita lakukan dalam seharian kita menempah siang..yelah kadang kadang waktu kejadian kita tak sedar yang kita tengah sakitkan hati insan lain secara tidak sengaja....hahaha bercakap tentaang disakitkan hati ini...saya dah banyak kali kene...saya faham lah orang tu nak nasihat....tetapi cara dia salah, pendekatanya terlalu xtrem....saya buat bodoh jer, yelah kita ambil jer nasihat dia...kalau betul, ok...kalau salah gunakan kemahiran memekakkan telinga sambil kepala mengangguk...hihihihihi selalu gak saya buat macam ni....

yelah....tegur orang salah tempat....orang tengah berperih maung dalam tandas, dia sibuk suruh kita sapu bilik ke, basuh pinggan ke, ni contoh jer...tak ke panas hati? dah lah tengah buat kerja berat(menyahtinja)..

haah..mane tadi..oh...review hari kita...,
dalam erti kata lain, review diri ini seperti bermunasabah diri....buat refleksi diri...perbaiki diri kita ni..

saya ambil analogi yer tentang review ni...

time kita buat test kan, pasti ada masa terlebih kan....pengawas perperiksaan pun kata, "ok masa tinggal lagi berberapa minit, sila semak jawapan anda, pastikan semu....bla bla bla"

"sila semak jawapan anda" tu makna nyer kita kene review balik skrip jawapan kita...mana tahu ada yang salah, sempat kita betulkan...kalau salah dan tak tahu poun tu salah....saper suruh tak belajar kan? huhuhu

lebih kurang gitulah analoginyer....

kita review balik diri kita untuk perbetulkan apa yang salah, supaya dihari esok kita jadi lebih baik...sebelum ajal ambil nyawa kita... saya bahasakan diri "kita" kerana nasihat ini untuk diri sendiri dan ingin saya kongsi kepada semua insan yang sedang membacanya...

"Umat Islam harus cemerlang
Hari ini mesti lebih baik dari semalam"


lirik lagu unic - menuju wawasan...


apa guna kita hidup kalau hari ini dengan esoknya tidak ada perubahan kepada yang lebih baik?

dan hidup ini sarat dengan ujian. macam macam ujian dan cabaran kita tempuhi setiap hari......untuk apa?





 "Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat." Al Baqarah Ayat 214

untuk membuktikan yang kita layak untuk syurga Allah...jika kita berjaya melepasi sesuatu ujian....

nilai syurga bukannya murah sahabat sekalian....

saya analogikan lagi eh bab ujian ni...

mula mula kita masuk sekolah rendah, kita ambik UPSR....soalanya memang tahap kita pada masa tu, kalau kita dapat 5A, suatu kebanggaan....cuba orang yang ambil degree, ambik balik upsr...dia tak perlu study lagi...kacang jer...tapi tahap degree memang sesuai dengan dia lah...

tu jer ana loginya...makin meningkat umur, pangkat, title, makin bertambahlah ujian
kenapa?

kerana kita mampu menanggungnya


 "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." Al Baqarah 286



....dan seberat berat ujian ditimpakan kepada para anbiya...kenapa, para nabi terpaksa berhadapan dengan pelbagai masyarakat untuk menyebarkan risalah Allah...tetapi Hati para anbiya ini telah diteguhkan oleh Allah, dan mereka(para nabi) menjadi sebaik baik contoh kepada kita(manusia cap ayam) Sebab tulah darjat para nabi ni tinggi melebihi sekalian manusia sesuai dengan ujian mereka...

saya analogikan lagi eh...

kita diibaratkan lepas ujian tadika sedangkan para nabi melalui UPSR, PMR, SPM, STPM, DEGREE, MASTER, PHD  <<<<------ini analogi jer..don't get me wrong wokay?


rasenyer sampai sini jelah kowt nukilan ni..moga kita ambil iktibar lah tak banyak sedikit pun jadilah...

comelkan? saya suka bayi(xd kene mengena ngan entry)

sekian
Assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment