Saturday 21 April 2012

Apa anda buat hujung minggu? part 1

Assalamualaikum.....semoga para pembaca mendapat rahmat dan keredhaan Allah..amin...amin...amin...salam ukhuwah juga dari penukil....Entry kali ini berkenaan dengan suatu tajuk yang amat menarik..."apa anda buat di hujung minggu?"

Apa anda buat dihujung minggu? Banyak perkara kita boleh buat hujung minggu, persoalannya, adakah perkara itu bermanfaat? adakah perkara itu meneguhkan keimanan kita kepada Yang Maha Esa?

Atau perkara itu tidak membawa apa apa manfaat....Jangan pula perkara itu membawa mudharat....Apa resepi anda dihujung minggu.....bagi yang dah berkeluarga, saat ini lah yang amat sesuai untuk membawa isteri tersayang bersiar siar, membawa anak anak berjalan jalan, mungkin ke pantai.

Kalau anda bujang? Mungkin memancing, ekspedisi ke gunung gunung ke, berkhemah ke, tak pun ada yang menonton wayang....dah lame rasenye saya tak menonton wayang...filem ape best ek? huhu lari topik pula..

Baiklah, sekarang saya pula nak cerita apa yang saya buat dihujung minggu.....bertarikh 20 haribulan april, hari jumaat, ikhwah usrah saya mengadakan suatu program bermalam dimasjid atau pun bermabit di Masjid....Masjid yang kami pilih, dekat jer ngan kampus UMP

Me, guy in orange....


Kami sampai ke Masjid ni pada waktu malam, sekitar pukul 11.30 malam...tentatif program kami pada malam itu dimulai dengan tilawah Al Quran, surah Ar Rahman. Dan kami pun mentadabur surah ini....

Inilah serba sedikit ciri-ciri Surah Ar-Rahman:

1.     Adalah surah ke-55 dalam al-Quran
2.     Tergolong sebagai surah Makkiyah, terdiri daripada 78 ayat
3.     Dinamakan Ar-Rahmaan yang bererti Yang Maha Pemurah berasal dari kata Ar-Rahman yang terdapat pada ayat pertama surah ini
4.     Ar-Rahman adalah salah satu dari nama-nama Allah. Sebahagian besar dari surah ini menerangkan kepemurahan Allah SWT. kepada hamba-hamba-Nya, iaitu dengan memberikan nikmat-nikmat yang tidak terhingga baik di dunia mahupun di akhirat nanti.
5.     Ciri khas surah ini adalah kalimat berulang 31 kali "Fa-biayyi alaa'i Rabbi kuma tukadzdzi ban" (Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?) yang terletak di akhir setiap ayat yang menjelaskan nikmat Allah yang diberikan kepada manusia.
 Apakah isi kandungan di dalam surah Ar-Rahman ini?

 Mengenai keimanan
- Allah mengajar manusia pandai berbicara
- Pohon-pohonan dan tumbuh-tumbuhan tunduk kepada Allah
- Seluruh alam merupakan nikmat Allah terhadap umat manusia
- Manusia diciptakan dari tanah sedangkan jin dari api

Hukum-hukum yang terdapat di dalamnya mengenai:
- Kewajiban mengukur, menakar, menimbang dengan adil.

Peringatan buat makhluk ciptaan Allah:
- Manusia dan jin tidak dapat melepaskan diri dari kekuasaan Allah s.w.t.
- Ramai manusia yang tidak mensyukuri nikmat Tuhan
- Mengenai peristiwa tentang hal-hal yang akan terjadi dan hal-hal itu benar-benar terjadi  seperti tentang Terusan Suez dan Terusan Panama.

selepas selesai mentadabur surah yang agung ini kami pun........tidoq.....haaaa...kelebihan tidur kat masjid ialah dapat merasa suatu ketenangan....dan sejuk...best...



Hmmmm....saya tidur kat hujung....tak nak lah tidur ngan diaorang...berdengkur...hihihi...maaf...sejuq tidur kat situ, kipas maximum speed...menggigil tulang saya...apa apa pun semua sahabat seperti nyenyak tidur...memang pun....dengan hujannya...Allah Maha Besar...



Lebih kurang pukul 4.40 pagi....kami semua pun mengagahkan diri untuk bangun bertahajud....ada yang dah bangun awal....sejuk giler kowt...saya nak petik Firman Allah dalam Al Quran, yang berbunyi;


“Dan pada sebagian malam bertahajjudlah dengannya sebagai tambahan bagimu.Mudah- mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji”. (Al Isra’: 79)

Tahajud juga sebagai sumber kekuatan rohani seorang muslim sejati...semoga Amal kita diterima Allah...
selesai bertahajud, kami pun menunaikan solat sunat tasbih yang diimamkan oleh akhi Faris


Akhi Faris

Selesai solat subuh berjemaah, pagi kami pun dimulai dengan bacaan Al Mathurat, dan sedikit pengisian oleh Abang Long(Akhi Syami) kami...


Abang Long...yang pakai jaket coklat tu...dia abang long sebab dia paling berusia antara kami..huhuhu

Pengisian yang menarik dari akhi Syahmi..membicarakan tentang hati.....yang mana menurutnya;

Qalbun Sahih---hati yang hidup
Qalbun Mayyit---hati yang mati
Qalbun Maridh---hati yang sakit

hati kita mana satu?

Selesai sudah pengisian tersebut, kami pun bertolak ke tepi pantai untuk bermain ragbi...




hurgh....sebenarnya banyak lagi ingin saya nukilkan dalam "apa anda buat hujung minggu?" tetapi apakan daya, mata saya sudah mengantuk...elok rasanya saya tidur dulu...
Insya Allah saya akan sambung....di part 2.

“Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Tuhan semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan jangan engkau mematuhi orang yang kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran kami di dalam al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah lakunya pula adalah melampaui kebenaran” (surat al-Kahfi:28).


Assalamualaikum.......