Sunday 2 September 2012

Random Picture: Jaulah ke Majlis Perkahwinan Akhi Najib

Assalamualaikum pembuka bicara.....semoga pembaca mendapat rahmat dari Allah SWT...ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat pengantin baru kepada akhi Najib Razali...semoga berbahagia sehingga ke Syurga...Majlis Perkahwinan yang cukup besederhana, tetapi penuh keberkatannya...InsyaAllah...Blogger taknak cakap banyak...layanzzzz....

gambar gambar ni random jer....maklumlah, bukannyer official cameraman...haha..anyway....still cool...

































Amir dan ayahnya....cute...




rasanyer tu jer kowt yg dapat dititipkan....malas nak buat karangan....assalamualaikum...

Wednesday 8 August 2012

Pilihlah akhlak..


Assalamualaikum….apa khabar para pembaca sekalian….semoga para pembaca mendapat rahmat dan keredhaan dari Allah SWT, Tuhan Yang Maha Esa, Kekal selama lamanya, tiada permulaan dan tidak ada pengakhiran, Tuhan Yang Empunya sekalian Alam…

Alhamdulillah..kita berada di fasa terakhir di bulan Ramadhan ini…Fasa pelepasan dari api neraka…Fasa juga yang mana terdapat satu malam, yang mana malam itu lebih baik dari 1000 bulan…jangan lepaskan peluang ni…mungkin Ramadhan akan datang kita tidak ada lagi…sape tahu?

 Lama sudah rasanya perantau ini tidak meng”update” blog ini….
Alhamdulillah..kali ini berkesempatan…insyaAllah dikesempatan ini saya nak berkongsi satu kisah yang menarik dan patut kita jadikan teladan dan memang patut kita teladani..

Saya nak berkongsi mengenai kisah seorang para sahabat Nabi Muhammad SAW….... seorang yang Baginda SAW jamin syurga untuknya…
Saidina Umar Al Khattab RA…

Dipendekkan kisah beliau; Semasa pemerintahan beliau; Suatu hari beliau bersama khadamnya, berjalan jalan untuk meronda diwaktu malam dipinggir Madinah. Lalu Saidina Umar RA pun berhenti dipinggiran itu lantas terdengar suatu perbualan. Perbualan antara seorang anak perempuan dan ibunya.

[Oleh kerana saya dapati pelbagai versi dalam penceritaan ini, saya ambil yang paling banyak  serupa pengkisahannya]

Si Ibu menyuruh anak perempuannya menambahkan air ke dalam susu kambing yang mereka akan gunakan untuk diniagakan.  Ada yang mengatakan susu itu tumpah, ada yang mengatakan pada masa itu musim kemarau.


Pada masa itu, Saidina Umar Al Khattab telah mengeluarkan larangan untuk meletakkan air kedalam susu tersebut.

Si anak yang cakna dengan larangan Amirul Mukminin itu pun menegah ibunya dari berbuat demikian.


“Mengapa?” Tanya ibunya.

“Bukankah Amirul Mukminin melarang perbuatan itu? “Jawab si anak dara itu.

Ibunya membalas, “Amirul Mukminin tidak tahu, mungkin dia sedang tidur.”

Si anak perempuan itu pun berkata, “Saidina Umar RA mungkin tidak tahu, tetapi Tuhan Saidina Umar RA tahu perbuatan kita”


Saidina Umar RA yang tekun mendengar perbualan itu pun terus, dikatakan esok harinya bertanya kepada anak lelakinya, siapa yang mahu bernikah dengan seorang wanita solehah?
Anak lelakinya itu bernama Ashim bin Umar.


Kata Saidina Umar, "Semoga lahir dari keturunan gadis ini bakal pemimpin Islam yang hebat kelak yang akan memimpin orang-orang Arab dan Ajam”.
Ashim yang taat tanpa banyak tanya segera menikahi gadis miskin tersebut. Pernikahan ini melahirkan anak perempuan bernama Laila yang lebih dikenal dengan sebutan Ummu Asim. Ketika dewasa Ummu Asim menikah dengan Abdul-Aziz bin Marwan yang melahirkan Umar bin Abdul-Aziz.


Laila telah berkahwin dengan Abdul Aziz bin Marwan seorang Gabenor Mesir pada pemerintahan khalifah Abdul Malik bin Marwan.

Perkahwinan mereka berdua melahirkan Umar bin Abdul Aziz Amirul Mukminin yang kelima seorang khalifah yang bertakwa, wara’ dan adil.
Sedikit kisah dari benih orang yang berakhlak mulia, seorang khalifah dan seorang si penjual susu yang takutkan Allah..

Umar menjadi khalifah menggantikan Sulaiman yang wafat pada tahun 716. Ia di bai'at sebagai khalifah pada hari Jumat setelah salat Jumat. Hari itu juga setelah ashar, rakyat dapat langsung merasakan perubahan kebijakan khalifah baru ini. Khalifah Umar, masih satu nasab dengan Khalifah kedua, Umar bin Al khattab dari garis ibu.

Zaman pemerintahannya berhasil memulihkan keadaan negaranya dan mengkondisikan negaranya seperti saat 4 khalifah pertama (Khulafaur Rasyidin) memerintah. 
Kebijakannya dan kesederhanaan hidupnya pun tak kalah dengan 4 khalifah pertama itu. 
Gajinya selama menjadi khalifah hanya 2 dirham perhari atau 60 dirham perbulan. 
Karena itu banyak ahli sejarah menjuluki beliau dengan Khulafaur Rasyidin ke-5. Khalifah Umar ini hanya memerintah selama tiga tahun kurang sedikit. 
Menurut riwayat, beliau meninggal karena dibunuh (diracun) oleh pembantunya.

Umar bin Abdul-Aziz wafat disebabkan oleh sakit akibat diracun oleh pembantunya. 
Umat Islam datang berziarah melihat kedhaifan hidup khalifah sehingga ditegur oleh menteri kepada isterinya, "Gantilah baju khalifah itu", dibalas isterinya, "Itu saja pakaian yang khalifah miliki".

Apabila beliau ditanya “Wahai Amirul Mukminin, tidakkah engkau mau mewasiatkan sesuatu kepada anak-anakmu?”

Umar Abdul Aziz menjawab: "Apa yang ingin kuwasiatkan? Aku tidak memiliki apa-apa"

"Mengapa engkau tinggalkan anak-anakmu dalam keadaan tidak memiliki?"

"Jika anak-anakku orang soleh, Allah lah yang menguruskan orang-orang soleh. Jika mereka orang-orang yang tidak soleh, aku tidak mau meninggalkan hartaku di tangan orang yang mendurhakai Allah lalu menggunakan hartaku untuk mendurhakai Allah"

Pada waktu lain, Umar bin Abdul-Aziz memanggil semua anaknya dan berkata:
 "Wahai anak-anakku, sesungguhnya ayahmu telah diberi dua pilihan, pertama : menjadikan kamu semua kaya dan ayah masuk ke dalam neraka,
 kedua: kamu miskin seperti sekarang dan ayah masuk ke dalam surga (kerana tidak menggunakan uang rakyat). Sesungguhnya wahai anak-anakku, aku telah memilih surga." 
(beliau tidak berkata : aku telah memilih kamu susah)

Anak-anaknya ditinggalkan tidak berharta dibandingkan anak-anak gubernur lain yang kaya. 
Setelah kejatuhan Bani Umayyah dan masa-masa setelahnya, keturunan Umar bin Abdul-Aziz adalah golongan yang kaya berkat doa dan tawakkal Umar bin Abdul-Aziz.

Subhanallah...Umar Abdul Aziz mewarisi DNA seorang khalifah yang hebat dan seorang wanita yang takut kepada Allah.

Begitulah sunnatullah. 
Keturunan yang baik akan melahirkan GENERASI yang baik.
gambar hiasan

Pengajarannya kat sini: Keturunan yang baik akan melahirkan zuriat yang baik jika dididik dengan baik…

Kisah ini betul betul mengamit sebuku rasa kagum terhadap Saidina Umar RA….
tanpa memilih pangkat atau derajat, beliau menikahkan anak lelakinya dengan seorang perempuan penjual susu….

Kita nak cari pasangan hidup kita hendaklah dilihat dari keturunan….
bukan itu sahaja, 
tetapi akhlaknya, agamanya…mungkin dia keturunan perompak, tetapi mungkin dia org yang bertaqwa, maka dia layak kita, jadikan pasangan hidup kita…

“Hai manusia, sesungguhnya Kami ciptakan kamu dan lelaki dan perempuan dan
menjadikan kamu berbangsa-­bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal
mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah
ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui lagi maha Mengenal.”
(Al-Hujarat:13 )

kisah di atas memberikan bimbingan kepada orang tua mahupun para
wanita supaya arif atau bijaksana dalam memilih calon suami. 
Begitu juga
kepada lelaki yang ingin memilih calon isteri, hendaklah memperhatikan
keutamaan agama dan akhlaknya daripada yang lain-lain. 
Dengan cara
demikianlah keluarga bahagia yang diredhai Allah dapat dibina.

Pergh cakap macam dah nak kahwin….!
moga moga kita ambil iktibar mana yang patut…
dan jika ada kesilapan dalam saya menukilkan kisah Saidina Umar RA itu, tolong tolong tolong perbetulkan…
sekian
Assalamualaikum….

Saturday 14 July 2012

A.K.U


perkara yang lalu akan terus tinggal sejarah....
masa depan yang perlu dirancang sekarang,
bukan hanya mengenang kisah silam yang memerihkan....
tetapi, sejarah itulah yang membentuk diri pada hari ini...
TETAP....sejarah akan tetap tinggal sejarah...
melainkan pengajaran dari padanya...
untuk melangsungkan helaan nafas ini...
satu keazaman untuk terus menerjah likuan hidup,
satu anjakkan paradigma untuk terus mengungguli pentas dunia,
bersama satu matlamat, Surga Allah menjadi sasaran
Untuk sebuah cinta hakiki....
Sejarah.....itulah yang menjadikan aku pada hari ini...
tanpa mengeluh ia mengajarkan ku apa erti kebenaran...
tangan menadah memohon petunjuk...
diiringi selingan air mata yang menjurai...
menjurai bersama kisah lalu...sejarah...
dibelai tahajud dinihari...
memohon petunjuk dari Yang Maha Pencipta...
Allah....berikan hambu mu ini petunjukMu untuk setiap laluan yang bakal ku tempuhi
aamiin....


Monday 9 July 2012

AZAM

Assalamualaikum.....semoga Allah merahmati para pembaca sekalian....apa khabar pembaca yang dikasihi sekalian? Sihat? Dah makan? hahaha....

Sebelum saya meneruskan entry ni elok lah kita renungkan sepotong hadis

Daripada Abu Ummah diceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya.” (Hadis riwayat Ahmad)

Saya sedang menukilkan entry ini di sebuah resort di Terengganu....nak kongsi sedikit cerita di kesempatan ini....Baru baru ini, saya ada membuat lawatan bersama rakan seperjuangan ke sebuah rumah anak anak yatim...rasenyer saya tak perlu mention kowt nama rumah anak yatim tu...kami barisan fasi fasi ada membuat berberapa pengisian untuk anak anak disini...

TETAPI....saya bukan nak huraikan satu per satu aktiviti kami pada hari itu.....saya nak berkongsi sedikit tentang seorang hamba Allah ini....seorang budak sebenarnya....

seorang budak yang....erm....tak tahu nak cakap macam mana....tak pelah....kita layan gambar dulu ea?


Namanya Muhammad Azam Firdaus bin Omar

khusyuknyer dia menulis.....

ok....pelikkan...kenapa saya nak bercerita mengenai Azam....

Mula mula saya pandang dia..seakan akan terbit suatu aura dari Azam yang memanggil diri ku untuk merapati lantas menerokai cerita Azam ini...

comel tak?
Jejaka baju merah ungu...senyumannya yang bersahaja mampu menawan hati yang ingin memberikan kasih sayang kepada anak ini, AZAM......

Azam....wajah insan kecil masih lagi terbayang bayang di minda ku.....apatah lagi suasana kat sini tenang jer...

alololo...comelnyer muke Azam.... :)

Azam sedang bersedia untuk melontar "DREAM JET" nya itu..


Sekarang ni anda dah tahu siapa nama insan ini dan dah amati wajahnya....

Disebalik wajah Azam yang ceria ini, sebenarnya tersembunyi suatu kisah, suatu cerita yang mungkin sukar bagi diri Azam. Azam merupakan seorang anak yatim piatu. Kampungnya di Jerangau, Terengganu. Azam merupakan anak ke 8 dari 9 adik beradiknya. Meskipun ada ramai adik beradik, Azam tetap mendambakan kasih sayang ayah dan ibu. Azam, berumur 13 tahun.....dia kate dia pergi kelas naik bas...pandai berdikari Azam ni.

Atas bantuan Amir, saya berjaya mendapatkan berberapa lagi maklumat mengenai Azam....Maklumat apa?
Azam suka makan mee goreng basah dan suka minum carrot susu. SEDAPNYER makanan kegemaran Azam...Kalau ada kesempatan, InsyaAllah, abang akan belanja Azam makan mee goreng basah..Abang janji...romantik tak?

AZAM....seseorang yang banyak memberikan ku inspirasi dan ketekadan untuk ku meneruskan kehidupan ini...walaupun hanya kanak kanak riang....

Allah memang hebat...Allah mencampakkan rasah kasih ku kepada anak kecil ini untuk menjadi "abang" nya walau hanya seketika....sedih...sob sob sob :.(  Tetapi kasih sayang itu akan berpanjangan sehingga akhir hayat ku...
Azam gigit ape tu?


Azam bercita cita nak jadi Tentera, mungkin dia ingin mengikuti jejak langkah ayahnya yang pernah menjadi tentera dahulu....Hobi Azam ialah bermain sepak takraw... Azam terer ke? Tak sempat nak tengok Azam main....
JOM LAYAN GAMBAR AZAM....







cantik posing...





aaauuucakkk.....Azam memang suka bermain main...

Dua hari satu malam.....mana cukup....banyak lagi yang nak saya kongsikan kat Azam....tapi masa tak cukup....tak pelah.....dapat gak gurau gurau ngan Azam....Saya pun memberikan berberapa nasihat, Belajar Rajin rajin dan jangan lupa Allah....

Rasenyer sampi tu kowt gambar yang boleh saya upload....

Allah melebarkan Kasih SayangNya sesama makhluk......kita kat luar sana sibuk ngan cinta dunia....cinta yang haram....sedangkan cinta kita itu harus kita curahkan kepada yang sepatutnya...contohnya Anak anak Yatim.....dan memang benar, saya sayang kat anak anak disini...Azam terutamanya....

Mereka akan ku sebut dalam doa kudusku...Bersama Azam selama dua hari, seakan akan ditarbiyahnya secara tidak langsung...mana tak nya....saya belajar untuk mensyukuri setiap nikmat yang ada...mensyukuri setiap nikmat walau sekecil kecil nikmat...

Azam, ternyata lebih kuat berbanding dengan saya semasa berumur 13 tahun....Ya, Azam orang yang kuat...tabah...dan mempunyai ketekadan untuk meneruskan hidup yang dilikui pelbagai onak dan duri...

Sedarlah, wahai jiwa jiwa muda yang mendambakan diri untuk dikasih oleh orang yang tidak sepatutnya....

Alirkan cinta itu kejalan Allah...ke anak anak yatim...golongan fakir...orang yang melarat...

Azam, suatu simbol kekuatan sebenarnya.....disebalik senyuman Azam itu, hati ku ini, mendoakan agar Azam menjadi seseorang yang terkemuka di dunia dan akhirat....Azam, juga mengajar ku mewakafkan diri untuk agama Allah....lalu saya menyeru kepada semua pembaca, DIRIKAN ISLAM DALAM DIRI...

Kalau nak saya huraikan tentang apa yang dapat dari Azam ini...memang panjang...Azam anak yang kemas, pembersih dan rajin solat berjemaah......

SEKALUNG PENGHARGAAN KEPADA AMIR KHALID YANG MEMBANTU MENGAMBIL GAMBAR GANDINGAN SAYA NGAN AZAM tersayang....

Rasanya nukilan saya sampai disini sahaja kowt....mata pun dah ngantuk......

“Dan mereka bertanya kepadamu mengenai anak-anak yatim. Katakanlah, “Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amat baik bagimu.” (QS Al Baqoroh,2:220)

“Dan (kamupun diwajibkan) supaya mengurus (hak dan keperluan) anak-anak yatim dengan adil.” (QS An Nisaa,4:127)

“Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk menjaganya)….” (QS Al An’am,6:521)

“Dan janganlah kamu menghampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik…” (QS Al Isro,17:34)


sekian,
Assalamualaikum........