Thursday 24 May 2012

Sekelilingi ku....

Assalamualaikum kepada pembaca. Semoga anda mendapat Rahmat Allah. Kali ini saya hanya meletakkan gambar. Kadang kadang gambar mampu bercerita.... gambar gambar tu merupakan master piece yang saya buat. Diambil semasa program Daurah Murabbi. Jom layan masterpiece dibawah....

 Senyumlah....tinggi sebenarnya harga sebuah senyuman..

Hanya dengan senyuman, kita mampu berdakwah. Tetapi jangan silap tafsir pulak, duduk tepi tiang senyum sensorang, tu gila namanya
 Kekuatan jemaah Islam itu terletak pada kekuatan setiap ahli jemaahnya. Hidup ini sebenarnya saling melengkapi....cer tengok gambar diatas.....senyuman Azim lagi lebar dari senyuman saya....haha...jadinya senyuman saya pun terserlah....huhuhu...

 Akhi Hasan, seorang insan yang mentarbiyah ku dengan kefahaman Islam yang sebenar dan solid beserta manhaj tarbiyah yang nyata lagi jelas. Beliau banyak mengajar untuk melihat kehidupan didunia sebagai persiapan untuk ke alam akhirsana. Tak kiralah kita ni jurutera sekalipun. Semoga Allah merahmati beliau dan keluarga beliau. Semoga beliau istiqomah dalam perjuangan melahirkan pemuda pemuda Islam yang taat pada perintah Allah. Terima kasih Ya Allah kerana mempertemukan aku dengan insan seperti beliau.

Pemuda pemuda itu pula amat mahal harganya. Mahalnya kerana mahalnya harga untuk membentuk jiwa seorang pendakwah. Mahal kerana medan dakwah memerlukan pengorbanan yang tinggi. Mahal untuk dimiliki oleh seorang wanita. Wanita itu hanya mampu membeli pemuda pemuda itu dengan Islam...huhuhu, bukan saya sorang...Abang yang baju biru dan hitam tu pun...

 Dalam urusan menuntut ilmu, satu perkara yang amat penting sekali ialah fokus. Fokus dalam medan dakwah juga amat penting. Istiqomah. Iblis ni suka manusia yang cepat hilang fokus... Nampaknya akhi Hafiz(jejaka berkopiah putih) kelihatan amat fokus....dan dia juga pemuda yang mahal...huhuhu...

 Indahnya hidup bila ada Allah. Allah tempat kita menyerahkan segala urusan. Allah tempat kita mengadi masalah. Allah tempat kita meminta pertolongan. 

Ramai orang hari ini solat, tetapi solatnya tidak hidup. Ramai orang yang mengangkat takbir, tetapi tidak mengerti apa maksudnya.....Medan dakwah ini banyak mengajar saya untuk bergantung sepenuhnya kepada Allah walaupun bukan setiap masa kita mampu. Yelah iman kita sering naik turun. Kadang kadang kita ingat Allah, kadang kadang lupa...Tarbiyah ini mendidik kita untuk mengurangkan penyakit lupa tu.. Akhi Hasan pernah menasihati saya, untuk sentiasa berdamping dengan orang orang soleh, berdamping dengan Al Quran.....kenapa? saya tanya diri sendiri.....sekarang saya tahu kenapa...nak tahu? supaya kita tidak lupa pada Allah...supaya kita dapat meminimumkan kadar lupa tu....ya lah kitakan manusia biasa, pelupa lak tuh...biarlah kurang penyakit lupa itu..

Saya tetap saya. Tidak pernah berubah. Cuma pegangan dan matlamat saya sahaja yang berubah, kerana ia di landasan yang sebenar. InsyaAllah....


semua orang bersatu mempersiapkan juadah untuk BBQ keesokkan harinya.

Akhir kata, kita hidup biarlah memberi manfaat kepada orang sekeliling walaupun disaat itu kita dilanda musibah. Banyak lagi yang saya tak tahu. Banyak lagi yang saya tak faham. Tetapi satu yang saya faham ialah

"perjuangan ini tidak pernah tamat sampai hari kiamat"

jom kita menjadi sebahagian dalam sejarah menyebarkan Islam..walaupun sedikit kita sumbangkan, nescaya tinggi nilainya disisi Allah,...InsyaAllah

"Aku dapat membanyangkan al mujahid itu sebagai seorang lelaki yang sentiasa membuat persiapan, menyediakan bekalan, berupaya menguasai fikiran yang memenuhi setiap sudut jiwa segenap jurusan hatinya. Dia sentiasa berfikir dan menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap persiapan yang terus menerus. Pulang dan perginya perkataan, bicaranya, kesungguhannya, dan gurauanya tidak melampaui bidang yang disediakan untuknya..dirimu dapat membaca pada garis wajahnya, melihat kilauan matanya, medengar pada gerakan lidahnya segala yang bergelora dalam hatinya berupa hawa yang melekat, kesakitan yang terpendam, keazaman yang benar, kesungguhan cita-cita yang tinggi dan matlamat yang jauh sentiasa memenuhi jiwanya...."
Imam Asy Syahid Hasan Al Banna



Terima kasih kerana sudi menjengah sebentar diblog saya.... Saya tahu blog saya ni tak seberapa pun...hahaha, merendah diri pulak...tetapi ada berberapa perkara yang saya suka untuk kongsikan kepada anda diluar sana....dan banyak lagi cerita yang akan saya kongsikan....
"yang baik dari Allah, yang buruk dari diriku.."
Assalamualaikum.....

4 comments:

  1. indahnya ukhwah bagaikan ikatan sebuah keluarga, sekiranya ia dipecahkan, nescaya ia akan menjadi igauan yang tak dapat dilupakan walaupun jaraknya beribu batu...^^insya allah ikatan itu akan kembali seperti asalnya kejadian walhal dunia ini tiada lagi...^^

    ReplyDelete