Wednesday 8 August 2012

Pilihlah akhlak..


Assalamualaikum….apa khabar para pembaca sekalian….semoga para pembaca mendapat rahmat dan keredhaan dari Allah SWT, Tuhan Yang Maha Esa, Kekal selama lamanya, tiada permulaan dan tidak ada pengakhiran, Tuhan Yang Empunya sekalian Alam…

Alhamdulillah..kita berada di fasa terakhir di bulan Ramadhan ini…Fasa pelepasan dari api neraka…Fasa juga yang mana terdapat satu malam, yang mana malam itu lebih baik dari 1000 bulan…jangan lepaskan peluang ni…mungkin Ramadhan akan datang kita tidak ada lagi…sape tahu?

 Lama sudah rasanya perantau ini tidak meng”update” blog ini….
Alhamdulillah..kali ini berkesempatan…insyaAllah dikesempatan ini saya nak berkongsi satu kisah yang menarik dan patut kita jadikan teladan dan memang patut kita teladani..

Saya nak berkongsi mengenai kisah seorang para sahabat Nabi Muhammad SAW….... seorang yang Baginda SAW jamin syurga untuknya…
Saidina Umar Al Khattab RA…

Dipendekkan kisah beliau; Semasa pemerintahan beliau; Suatu hari beliau bersama khadamnya, berjalan jalan untuk meronda diwaktu malam dipinggir Madinah. Lalu Saidina Umar RA pun berhenti dipinggiran itu lantas terdengar suatu perbualan. Perbualan antara seorang anak perempuan dan ibunya.

[Oleh kerana saya dapati pelbagai versi dalam penceritaan ini, saya ambil yang paling banyak  serupa pengkisahannya]

Si Ibu menyuruh anak perempuannya menambahkan air ke dalam susu kambing yang mereka akan gunakan untuk diniagakan.  Ada yang mengatakan susu itu tumpah, ada yang mengatakan pada masa itu musim kemarau.


Pada masa itu, Saidina Umar Al Khattab telah mengeluarkan larangan untuk meletakkan air kedalam susu tersebut.

Si anak yang cakna dengan larangan Amirul Mukminin itu pun menegah ibunya dari berbuat demikian.


“Mengapa?” Tanya ibunya.

“Bukankah Amirul Mukminin melarang perbuatan itu? “Jawab si anak dara itu.

Ibunya membalas, “Amirul Mukminin tidak tahu, mungkin dia sedang tidur.”

Si anak perempuan itu pun berkata, “Saidina Umar RA mungkin tidak tahu, tetapi Tuhan Saidina Umar RA tahu perbuatan kita”


Saidina Umar RA yang tekun mendengar perbualan itu pun terus, dikatakan esok harinya bertanya kepada anak lelakinya, siapa yang mahu bernikah dengan seorang wanita solehah?
Anak lelakinya itu bernama Ashim bin Umar.


Kata Saidina Umar, "Semoga lahir dari keturunan gadis ini bakal pemimpin Islam yang hebat kelak yang akan memimpin orang-orang Arab dan Ajam”.
Ashim yang taat tanpa banyak tanya segera menikahi gadis miskin tersebut. Pernikahan ini melahirkan anak perempuan bernama Laila yang lebih dikenal dengan sebutan Ummu Asim. Ketika dewasa Ummu Asim menikah dengan Abdul-Aziz bin Marwan yang melahirkan Umar bin Abdul-Aziz.


Laila telah berkahwin dengan Abdul Aziz bin Marwan seorang Gabenor Mesir pada pemerintahan khalifah Abdul Malik bin Marwan.

Perkahwinan mereka berdua melahirkan Umar bin Abdul Aziz Amirul Mukminin yang kelima seorang khalifah yang bertakwa, wara’ dan adil.
Sedikit kisah dari benih orang yang berakhlak mulia, seorang khalifah dan seorang si penjual susu yang takutkan Allah..

Umar menjadi khalifah menggantikan Sulaiman yang wafat pada tahun 716. Ia di bai'at sebagai khalifah pada hari Jumat setelah salat Jumat. Hari itu juga setelah ashar, rakyat dapat langsung merasakan perubahan kebijakan khalifah baru ini. Khalifah Umar, masih satu nasab dengan Khalifah kedua, Umar bin Al khattab dari garis ibu.

Zaman pemerintahannya berhasil memulihkan keadaan negaranya dan mengkondisikan negaranya seperti saat 4 khalifah pertama (Khulafaur Rasyidin) memerintah. 
Kebijakannya dan kesederhanaan hidupnya pun tak kalah dengan 4 khalifah pertama itu. 
Gajinya selama menjadi khalifah hanya 2 dirham perhari atau 60 dirham perbulan. 
Karena itu banyak ahli sejarah menjuluki beliau dengan Khulafaur Rasyidin ke-5. Khalifah Umar ini hanya memerintah selama tiga tahun kurang sedikit. 
Menurut riwayat, beliau meninggal karena dibunuh (diracun) oleh pembantunya.

Umar bin Abdul-Aziz wafat disebabkan oleh sakit akibat diracun oleh pembantunya. 
Umat Islam datang berziarah melihat kedhaifan hidup khalifah sehingga ditegur oleh menteri kepada isterinya, "Gantilah baju khalifah itu", dibalas isterinya, "Itu saja pakaian yang khalifah miliki".

Apabila beliau ditanya “Wahai Amirul Mukminin, tidakkah engkau mau mewasiatkan sesuatu kepada anak-anakmu?”

Umar Abdul Aziz menjawab: "Apa yang ingin kuwasiatkan? Aku tidak memiliki apa-apa"

"Mengapa engkau tinggalkan anak-anakmu dalam keadaan tidak memiliki?"

"Jika anak-anakku orang soleh, Allah lah yang menguruskan orang-orang soleh. Jika mereka orang-orang yang tidak soleh, aku tidak mau meninggalkan hartaku di tangan orang yang mendurhakai Allah lalu menggunakan hartaku untuk mendurhakai Allah"

Pada waktu lain, Umar bin Abdul-Aziz memanggil semua anaknya dan berkata:
 "Wahai anak-anakku, sesungguhnya ayahmu telah diberi dua pilihan, pertama : menjadikan kamu semua kaya dan ayah masuk ke dalam neraka,
 kedua: kamu miskin seperti sekarang dan ayah masuk ke dalam surga (kerana tidak menggunakan uang rakyat). Sesungguhnya wahai anak-anakku, aku telah memilih surga." 
(beliau tidak berkata : aku telah memilih kamu susah)

Anak-anaknya ditinggalkan tidak berharta dibandingkan anak-anak gubernur lain yang kaya. 
Setelah kejatuhan Bani Umayyah dan masa-masa setelahnya, keturunan Umar bin Abdul-Aziz adalah golongan yang kaya berkat doa dan tawakkal Umar bin Abdul-Aziz.

Subhanallah...Umar Abdul Aziz mewarisi DNA seorang khalifah yang hebat dan seorang wanita yang takut kepada Allah.

Begitulah sunnatullah. 
Keturunan yang baik akan melahirkan GENERASI yang baik.
gambar hiasan

Pengajarannya kat sini: Keturunan yang baik akan melahirkan zuriat yang baik jika dididik dengan baik…

Kisah ini betul betul mengamit sebuku rasa kagum terhadap Saidina Umar RA….
tanpa memilih pangkat atau derajat, beliau menikahkan anak lelakinya dengan seorang perempuan penjual susu….

Kita nak cari pasangan hidup kita hendaklah dilihat dari keturunan….
bukan itu sahaja, 
tetapi akhlaknya, agamanya…mungkin dia keturunan perompak, tetapi mungkin dia org yang bertaqwa, maka dia layak kita, jadikan pasangan hidup kita…

“Hai manusia, sesungguhnya Kami ciptakan kamu dan lelaki dan perempuan dan
menjadikan kamu berbangsa-­bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal
mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah
ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui lagi maha Mengenal.”
(Al-Hujarat:13 )

kisah di atas memberikan bimbingan kepada orang tua mahupun para
wanita supaya arif atau bijaksana dalam memilih calon suami. 
Begitu juga
kepada lelaki yang ingin memilih calon isteri, hendaklah memperhatikan
keutamaan agama dan akhlaknya daripada yang lain-lain. 
Dengan cara
demikianlah keluarga bahagia yang diredhai Allah dapat dibina.

Pergh cakap macam dah nak kahwin….!
moga moga kita ambil iktibar mana yang patut…
dan jika ada kesilapan dalam saya menukilkan kisah Saidina Umar RA itu, tolong tolong tolong perbetulkan…
sekian
Assalamualaikum….